Sebelum kita bercakap berkaitan laman web. Kita lihat dulu pada perkara asas nadi dalam perniagaan iaitu pemasaran atau lebih dikenali sebagai marketing.  Marketing adalah element penting dalam perniagaan untuk memberitahu kepada pengguna atau pembeli berkaitan service anda dan produk anda. Jika ada kehendak,keinginan serta kemampuan, pengguna akan membeli. Jadi laman web juga akan membantu anda dalam membuat marketing untuk perniagaan anda di alam maya.

1. Laman Web adalah Brochure Alam Maya anda.

Sebagai contoh anda mempunyai brochure dan brochure tersebut menyimpan segala butir produk/service kite termasuk alamat dan no tel secara fizikal dan laman web juga mempunyai kelebihan yang sama brochure tetapi lebih dari itu. Selain daripada memberikan informasi berkaitan produk anda, laman web turut memberi kemudahan seperti menjual, menerima tempahan, dan sebagainya. Dengan ini bukan saja, anda bukan saja tidak perlu cetak brohure anda, malah, anda boleh edarkan kepada sesiapa sahaja yang mempunyai internet di seluruh dunia dengan berkongsi alamat laman web (URL) anda. Lebih menarik jika laman web anda mempunyai video, maka anda memaparkan video advertisement kepada bakal pengguna/prospek anda.

2. Membantu Anda Menerima dan Menguruskan Tempahan 

Selain daripada memaparkan informasi, laman web juga berperanan untuk menerima dan menguruskan tempahan melalui order form. Order form yang telah di isi dan di submit akan masuk ke dalam email peniaga dan database. Dengan ini peniaga akan dapat mengetahui order yang diterima dan menyemak senarai order. Peniaga juga boleh “follow up” pembeli yang belum membuat pembayaran. Security untuk filter informasi boleh dibuat untuk menapis maklumat palsu dan SPAM.

3. Medium Interaksi Pelanggan dan Peniaga.

Laman web juga mampu menjadi medium interaksi antara peniaga dengan pelanggan. Pelanggan boleh bertanyakan soalan pada peniaga secara live, atau berinteraksi secara face to face secara online. Sebagai contoh live chat atau webinar. Ia adalah medium yang amat effective untuk menyakinkan pelanggan berkaitan service anda atau produk yang anda jual.

4. Casher 24/7 365 anda.

Selain itu laman web juga berperanan menjadi casher yang bekerja 24 jam, 7 hari dan 365 hari setahun. Dengan online payment yang disediakan oleh laman web, pembeli boleh membeli produk anda secara online dengan membayar secara Online Banking seperti maybank2u,cimb clicks dan sebagainya, atau menggunakan Payment Gateway seperti PayPal, Webcash, Authorize.net, Molpay dan sebagainya. Dengan ini anda hanya perlu fokus pada online marketing untuk menarik pengunjung ke laman web anda dan membeli.
5. Menyakinkan pengguna. 
Dengan laman web yang ada, maklumat yang lengkap, ia mampu membuatkan pengguna lebih yakin pada service dan produk anda jual. Ini kerana dengan laman web atau blog anda boleh memaparkan sijil dan certificate yang di iktiraf kerajaan seperti Lesen (Suruhanjaya Syarikat Malaysia) SSM, Certificate Service anda dan Logo halal dan cert Halal. Ini kerana, jika berlakunya scam pembeli boleh membuat aduan dan tindakan mudah diambil atas syarikat yang tidak bertanggungjawab. Dengan ini, keselamatan urusniaga lebih terjamin. Selain itu, laman web juga memaparkan brand anda dan dengan Brand yang anda bina akan ada demand pada harga di masa hadapan. Contoh. Kereta Proton dan kereta Produa.  Smartphone Lenovo dan Smartphone Samsung. Barang yang sama tapi harga berlainan walaupon kualiti hampir sama.
Kesimpulan

Banyak kebaikan yang boleh di perolehi dengan membina laman web tetapi ia tetap ada keburukan dengan memiliki laman web. Persoalannya, adakah anda bersedia untuk mengubah corak operasi perniagaaan anda untuk lebih kepada online dan IT savvy? Jika di bandingkan kos Laman web dan juga kos mengupah pekerja adalah amat berbeza. Semuanya bergantung pada keputusan anda.