“Ko berniaga, tapi tak ada website. Apa la…”

Kalau anda berniaga, tapi tak ada website, ia dah macam bisnes anda ni tak wujud. Kalau anda hidup tahun 2017 ni, masih lagi tak pandai nak guna teknologi terkini seperti smart phone, tablet atau laptop…memang susah la bisnes anda nak bersaing dengan orang lain.

Sekarang ni, orang hanya gunakan internet untuk dapatkan segala maklumat dan informasi terkini. Dengan sekali klik je, tersusun maklumat keluar depan anda. Anda perlu pilih je yang mana anda nak.

Cuba anda tenung sikit, kenapa semua orang pakat duk guna internet? Dah tak guna buku, majalah atau jurnal untuk dapatkan maklumat. Sebab ia cepat, mudah, terkini dan senang kan? Anda tahu apa kepentingan website bila anda ada bisnes? Apa kata kami kongsikan 5 kepentingan website untuk bisnes anda. Memang berguna lah informasi ni kalau anda nak letupkan bisnes anda dengan luar biasa.

1) Untuk Tahu Lebih Lanjut Tentang Anda

Bila anda nak buat sesuatu perkara atau nak jumpa seseorang, anda akan cari dulu maklumat orang tu. Betul ke betul? Anda tengok rupa dia, latar belakang, dan selidik dulu dia tu macam mana. Kalau tak ada website, macam mana anda nak selidik dia. Atau anda nak stalk dia secara senyap dulu. Sama juga dengan bisnes anda, kalau anda tak ada website, macam mana pelanggan nak tahu maklumat lanjut tentang produk anda, lokasi anda berniaga, bisnes anda ni berdaftar atau tak dan sebagainya.

2) Boleh Share Kepakaran Anda

Bila anda ada website sendiri, anda boleh kongsikan kepakaran anda menggunakan website tersebut. Anda juga boleh link’kan website anda dengan media sosial yang anda ada seperti blog, YouTube, Pinterest, Facebook, Instagram atau Tumblr. Sekiranya anda berniaga produk kesihatan, anda boleh kongsikan tips nak jaga pemakanan, teknik diet yang betul, amalan-amalan untuk awet muda dan sebagainya. Anda juga boleh sediakan khidmat soal jawab atau nasihat kepada pelanggan anda.

3) Cara Alternative Tarik Pelanggan

Jika selama ni anda guna teknik marketing secara offline je, apa kata anda tukar sikit dengan jadikannya online. Atau anda boleh gabungkan terus kedua-duanya. Sekiranya dulu anda edar flyers, tampal poster, gantung banner atau sebagainya, kini anda boleh create official account untuk Facebook, Instagram atau blog untuk tarik pelanggan. Ia bukan sahaja mudah, malah tak memerlukan kos yang tinggi. Jika anda guna offline marketing, bukan sahaja anda kena cari orang untuk edar bahan promosi, bahkan ia perlukan kos. Dengan cara alternative ini, anda hanya perlukan staff untuk sediakan bahan untuk diupload dan monitor PM pelanggan.

4) Peluang Bisnes Yang Lebih Besar

Dengan adanya website ni, peluang anda untuk kembangkan bisnes semakin besar. Jika anda buat bisnes yang memerlukan dropship serta ejen, anda dah buka peluang untuk mereka bantu anda berniaga selain kembangkan lagi pengaruh bisnes anda. Sekiranya bisnes anda lebih kepada servis, ia akan buka ruang untuk peniaga lain join venture, partnership atau sebagainya dengan anda. Ini kerana, mereka nampak peluang untuk besarkan lagi bisnes jika bisnes anda ada peluang yang sangat besar untuk dibesarkan pada masa depan.

5) Untuk Collect Database Pelanggan

Pentingnya website ni juga, anda boleh collect database pelanggan. Bukan setakat tu je, anda boleh assess kepada list pelanggan yang berminat dengan bisnes anda. Yang mana dengan senang hati beri kebenaran kepada pihak anda untuk contact mereka jika anda nak promosikan apa-apa produk terbaru. Jadi, anda boleh berkempen direct pada mereka. Anda juga boleh hantar sebarang bahan promosi kepada mereka seperti e-newsletter, e-katalog dan e-book.

Sumber: Azizan Osman